___________________________

Inginkan info terkini dan menarik? Google search pasti membantu:
Google

Misteri Lubang Putih

Lubang besar di langit
Satu fenomena aneh yang menjadi tanda tanya di kalangan saintis apabila satu lubang gergasi terbentuk di celah kepulan awan di langit. Kejadian sebegini dianggap unik kerana amat jarang berlaku. Walaubagaimana pun fenomena ini bukanlah pertama kali berlaku kerana ianya dilaporkan pernah juga berlaku di Australia dan Amerika Syarikat. Ada di kalangan pemerhati berpendapat, ianya merupakan hasil seni yang cuba ditunjukkan oleh makhluk asing dari angkasa lepas kepada semua hidupan di dunia ini, samalah juga seperti circle crop iaitu lingkaran aneh yang kerap berlaku pada ladang gandum.

Pakar kaji cuaca pula berpendapat lubang itu terbentuk apabila butiran kristal ais terhasil selepas sebuah pesawat melintasi awan, menyebabkan titisan airnya menjadi wap. Seorang pakar dari Australia berpendapat fenomena itu berkaitan dengan keadaan cuaca panas dan kering pada ketinggian 5000 hingga 28, 000 kaki menyebabkan pembentukan lapisan titisan air dan kristal ais yang memenuhi langit dan tiupan angin yang kencang. Ada pakar dalam bidang lain pula berpendapat ianya berkaitan dengan usaha pembenihan awan untuk menghasilkan curahan hujan tiruan. Terdapat banyak lagi pendapat lain yang cuba ditimbulkan bagi menjawab misteri fenomena aneh itu. Namun semuanya hanyalah spekulasi kerana hakikatnya tiada satu pun jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan itu dan misterinya masih belum terungkai.

No comments:

___________________________________________________

All In Your Hand

Powered By Blogger
Blog ini dicipta semata-mata untuk mereka yang ingin mencari kepastian, ilmu, persoalan & kebenaran dalam kehidupan...
Kepada yang berkenaan, "JANGAN" copy/paste bahan - bahan yang terkandung dalam laman web/blog ini, kerna dikhuatiri ancaman "VIRUS". Terima Kasih atas kerjasama anda.

YOUR CHOICE