___________________________

Inginkan info terkini dan menarik? Google search pasti membantu:
Google

Syaitan Muncul di World Trade Center, New York?

Benarkah syaitan muncul di WORLD TRADE CENTER, New York?. Untuk pengetahuan anda gambar tersebut diyakini bukanlah hasil suntingan oleh mana-mana teknologi berkomputer yang canggih sebaliknya merupakan gambar asli yang diperolehi dari AP iaitu sejurus selepas kejadian tersebut berlaku. Mungkin anda tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Ajaib memang ajaib. Jika diteliti mungkin ada yg berkata secara kebetulan wajah itu muncul dalam kepulan asap yg terbakar. Akan tetapi, penampakan seraut wajah misteri pada permukaan yang terbakar sememangnya perkara aneh dan luar biasa.

Sebagaimana yang tertulis dalam kitab Al Quran bahwa tidak akan diciptakan langit dan bumi ini dengan sia-sia, semuanya berguna dan pasti ada petunjuk serta maknanya yang tersurat atau tersirat. Apatah lagi wajah yang hampir sama tetapi tidak serupa muncul berulang kali disebalik kepulan asap yang mencemari langit. Persoalannya wajah siapakah itu? Adakah itu wajah syaitan yang terlaknat? Atau, adakah itulah sebenarnya wajah syaitan yang berpuas hati akan hasil kerjanya terhadap manusia yang telah berjaya digodanya untuk menuju kehancuran dalam kehidupan? Walau apapun jawapannya, yang pasti, kewujudan syaitan yang direjam ini memang ada sejak dahulu kala iaitu sebelum terciptanya manusia sehinggalah hari kiamat seperti yang telah disebut dan tertulis dlm kitab Al Quran. Ia wujud dalam diri setiap orang manusia. Jadi, berwaspadalah anda akan pujuk rayunya kerna jika telah tergoda ke jalan yang sesat, pastinya membawa anda ke suatu destinasi bernama ‘jurang neraka’.

No comments:

___________________________________________________

All In Your Hand

Powered By Blogger
Blog ini dicipta semata-mata untuk mereka yang ingin mencari kepastian, ilmu, persoalan & kebenaran dalam kehidupan...
Kepada yang berkenaan, "JANGAN" copy/paste bahan - bahan yang terkandung dalam laman web/blog ini, kerna dikhuatiri ancaman "VIRUS". Terima Kasih atas kerjasama anda.

YOUR CHOICE